Advertise

Powered by Blogger.
 
Wednesday, March 30, 2016
0 comments
Siapa yang ingin jadi seperti Sayyidatina Fatimah رضي الله عنه  mesti ambil berat tentang anak-anaknya.

Hendaklah mereka ambil berat tentang tarbiyyah anak-anak tersebut.

Hendaklah mengajar kepada anak-anak mereka akhlak.

Jadikan anak kamu melihat kamu sebagai orang yang prihatin dan sayang kepada anak-anak.

Hari ini kita tengok pembantu rumah lebih peramah dengan anak berbanding ibunya sendiri.

Dan hari ini kita tengok ramai perempuan tak sibuk jaga anak tapi mereka sibuk bekerja.

Oleh sebab itu, kamu wahai perempuan, tidak seperti Sayyidatina Fatimah رضي الله عنه.

Kamu sebenarnya sedang mengikut jejak langkah wanita Eropah.

Kerana cara tarbiyyah Islam itu bermula di rumah sendiri.

Sehinggakan Nabi Muhammad ﷺ bersabda, “Setiap kamu ialah pengembala dengan apa yang kamu gembalakan.”

Yakni setiap daripada kamu diberi amanah dan wanita diberikan amanah untuk menjaga rumah suamimu.

- disunting daripada tausiyah Syeikh Niyaz Ahmad Hisammudin, dan terjemahan oleh Ustaz Ahmad Syahdan, Majlis Ta'lim Darul Muhibbin 29.03.2016

Leave a Reply

 
pecinta Rosulullah dan Sayyidah Az Zahro © 2014 | Designed By Blogger Templates